Friday 30 September 2016

Proton Saga Baru Ditawarkan Serendah Rm36,800 Bersama Spesikasi Mengagumkan




Proton mengeluarkan Proton Saga Baru Generasi Ke-3 dengan menawarkan harga mampu milik bersama rekabentuk yang menawan. Selain itu, model ini dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang tinggi sehingga diiktirah keselamatan 4 bintang oleh ASEAN NCAP berbanding 3 bintang sebelum ini.

Thursday 29 September 2016

Tan Sri Annuar Musa Menegaskan Dr Vida Masih Mempunyai Kontrak Tajaan 2 Tahun Bersama Pasukan Bola Sepak Kelantan



Terkini Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa meminta semua pihak supaya berhenti membuat spekulasi dan mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai kedudukan penaja utama pasukan bola sepak kelantan atau dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) untuk musim hadapan.

Wednesday 28 September 2016

Peluru Berpandu Rusia Sah Digunakan Ketika Menembak Jatuh Pesawat MH17



BELANDA - Laporan Siasatan MH17 mengatakan pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai, 2014 telah ditembak oleh peluru BUK9838-Series yang dibawa dari Rusia berikutan pendedahan maklumat terkini oleh Kumpulan Penyiasat Bersama (Joint Investigation Team) yang diketuai oleh Belanda.

Tuesday 27 September 2016

Juvana Perhitungan Terakhir Di Pawagam 29 September 2016


Setelah menarik perhatian peminat perfileman tempatan melalui filem Juvana tahun 2013 dan Juvana 2 : Terperangkap Dalam Kebebasan pada tahun 2015 yang memaparkan kehidupan bekas pelajar bermasalah, kini penantian anda bakal berakhir dengan sekuel ketiga Perhitungan Terakhir.

Friday 23 September 2016

Pasukan Bola Sepak Pahang, Terengganu Dan Pulau Pinang Bakal Turun Ke Liga Super Musim Depan



Nasib pasukan bola sepak Pahang, Terengganu dan Pulau Pinang akan ditentukan pada keputusan perlawanan malam ini sama ada mereka akan terus kekal bersaing pada kempen Liga Super Malaysia atau turun pangkat ke Liga Premier musim depan.

Thursday 22 September 2016

Lawatan Dan Soal Jawab Sahabat Ini Bersama Halal Korea Membuktikan Status Halal Produk Samyang



[Lawatan ke Samyang HQ]
Hari ni abg bersama Halal Korea (NGO yg memperjuangkan pasaran halal di Korea) melawat HQ syarikat Samyang di Miasageori, Seoul. Tujuan asal utk bersoal-jawab dgn pengurusan Samyang berkenaan tatacara mereka menjaga kehalalan produk mereka.

[Updated~ sila share utk makluman rakyat M'sia]
Berikut adalah details hasil soal jawab bersama Executive Director of Sales (Overseas), Samyang Foods Co. Ltd:

MaxisONE Kid Pelan Terbaru Dari Maxis Untuk Memantau Anak Anda Dimana Jua


KUALA LUMPUR: Maxis Berhad (Maxis) memperkenalkan pelan pasca bayar MaxisONE Kid yang dilengkapi jam pintar khas untuk kanak-kanak, data, panggilan tanpa had dan pesanan suara.

Jam pintar yang memantau kanak-kanak terbabit dilengkapi rangkaian dan GPS yang membolehkan ibu bapa memantau lokasi dan pergerakan anak dalam masa nyata.

KTM Duke 690 R Pamerkan Kemegahan Scrambler Moden Masa Kini



KTM Duke 690 R tidak sama dengan model Duke 690 biasa dimana ia dibina dengan kelengkapan prestasi seperti ekzos Akrapovic, brek ABS Brembo, tempat duduk Powerparts, suspensi WP dan lain-lain lagi. Jentera ini lebih ringan dan berkuasa serta dikenali sebagai motocross atau scrambler moden. 

Wednesday 21 September 2016

Akaun Instagram Digodam, Nabil Ahmad Kehilangan 1.2 Juta Pengikut




KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad kehilangan 1.2 juta pengikut di laman sosial Instagram apabila akaun yang dikongsi bersama isterinya, Nazirah Ayub atau Zira digodam petang semalam. Difahamkan akaun berkenaan bukan saja merakamkan detik indah perkembangan dua anak mereka malah turut berfungsi sebagai medium menjana pendapatan. 

"Zira yang menyedari akaun kami digodam apabila tidak dapat memasukkan kata laluan Instagram, semalam. Apabila dia cuba untuk memasukkan kata laluan baharu, emel yang diterima bukan emel sebenar kami. Sudah pasti keadaan ini menyukarkan tugasan harian termasuk komitmen terhadap urus niaga dengan pelanggan serta pengiklan. Sebagai langkah lanjut, saya membuka akaun baharu dengan nama @Nabilzira."

Model GT83VR Titan Hadir Dengan Spesifikasi Sebuah Laptop Berkuasa Tinggi

MSI telah melancarkan GT83VR Titan yang merupakan laptop pertama didunia direka bersama dengan papan kekunci mekanikal. Model ini mengandungi ciri grafik Pascal untuk memberi keupayaan memproses VR dengan lancar selain dilengkapi kad grafik NVIDIA GTX1070 atau GTX1080 dalam mod SLI. Dipasangkan kelajuan RAM GDDR5X serta sokongan DirectX 12, model ini merupakan sebuah sistem VR yang sangat berkuasa.

SPESIFIKASI: MSI GT83VR TITAN :-

Bagaimana Untuk Mengelakkan Anak Anda Menjadi 'Si Kedekut'?



Sikap kedekut juga tidak lari daripada si kecil terutama pada barang atau permainan kesayangan dan kegemarannya. Jadi bagaimanakah untuk anda selaku ibu bapa untuk mendidik mereka untuk berkongsi sejak dari awal lagi? Anak-anak seawal umur tiga hingga empat tahun biasanya didalam fasa untuk belajar berkongsi dan disini terdapat beberapa tips untuk dikongsikan kepada anda :-

Tuesday 20 September 2016

Sambutan Gemilang Atlit Paralimpik Rio 2016 Khamis Ini


Ketibaan kontinjen atlit paralimpik Malaysia dari Olimpik Rio 2016 pada Khamis ini dijadualkan akan disambut secara besar-besaran di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Dijangka tiba pada jam 3 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kontinjen paralimpik akan diraikan dengan "water salute" dan akan dibawa ke Kompleks Bunga Raya. Seterusnya atlit paralimpik akan disambut oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum memulakan perarakan ke pusat bandar menggunakan bas bermula di Jalan Tun Razak pada 5 petang.

Monday 19 September 2016

Pengikut Twitter Rio Ferdinand Melatah Kerana Nasi Goreng


 
Jakarta: Tulisan dalam Twitter oleh bekas pemain bola sepak England Rio Ferdinand mengenai nasi goreng yang dikatakannya makanan berasal dari Singapura mencetuskan kemarahan penduduk Indonesia yang mendakwa ia makanan milik rakyat negara itu.

Yamaha Motor Memperkenalkan Ego Avantiz 125cc





KUALA LUMPUR: Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan model automatik terbaharunya, Ego Avantiz bersempena pameran Yamaha Automatic World Motorshow yang kini berlangsung di Berjaya Times Square dan dilancarkan oleh Pengarah Urusan HLYM, Datuk Jim Khor.

Model iPhone 7 Habis Ditempah Dalam Masa Seminggu




SAN FRANCISCO - Apple selaku pengeluar model iPhone terbaharu iPhone 7 dan iPhone 7 Plus mengumumkan model telefon pintar itu habis ditempah sebelum mula dipasarkan 16 September 2016 di 28 buah negara. Menurut syarikat itu, tempahan yang dibuka sejak 9 September lalu menerima sambutan hangat dengan tempahan yang dibuat mengatasi stok yang ada.

Sunday 18 September 2016

Motosikal N5 Versi Fairing Terbaru Dari NAZA Bikes


 
NAZA Bikes
Sumber Gambar : http://paultan.org/

Majlis pelancaran eksklusif N5R menyaksikan NAZA Bikes telah melancarkan siri motosikal N5 versi 'fairing' bagi penunggang yang mahu mencuba jentera yang bersaiz sederhana besar.

"Naza N5R adalah mesra pengguna dan mendebarkan untuk menunggang serta sesuai bagi penunggang baharu yang ingin mengemudi motosikal dengan mudah, meningkatkan keyakinan dan keupayaan tunggangan," - Tan Soon Wei, Ketua Jualan dan Pengedaran Naza Bikes

Kedudukan Terbaru Skuad Harimau Malaysia Dalam Ranking FIFA


KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaysia melonjak kepada sembilan anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-158 dalam Ranking FIFA terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.