Monday 19 September 2016

Pengikut Twitter Rio Ferdinand Melatah Kerana Nasi Goreng


 
Jakarta: Tulisan dalam Twitter oleh bekas pemain bola sepak England Rio Ferdinand mengenai nasi goreng yang dikatakannya makanan berasal dari Singapura mencetuskan kemarahan penduduk Indonesia yang mendakwa ia makanan milik rakyat negara itu.

 “Nasi goreng untuk makan tengah hari.. makanan tempatan #Singapura.”- Status Rio di dalam akaun twitternya.
M8 (Ferdinand), nasi goreng ialah makanan asal Indonesia. Tidak ada ‘nasi’ dan ‘goreng’ di Singapura,” tulis Agung Prasetyo sementara beberapa yang lain mempelawa bekas bintang bola sepak Manchester Uniterd itu datang ke Indonesia dan menikmati apa yang mereka dakwa nasi goreng sebenar. Berikut antara komen daripada rakyat di republik tersebut :-


Tulisan mereka mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen di Singapura dan Malaysia dengan mereka berkata, nasi goreng boleh didapati di kebanyakan negara di rantau ini, bukan sahaja di Indonesia.

Rakyat Singapura khususnya menyelar tulisan warga Indonesia itu dengan berkata, ia jauh bertentangan dengan keengganan mereka untuk tidak mahu mengaku Indonesia menjadi punca jerebu yang melanda republik berkenaan setiap tahun.

Ohhh nasi goreng mengaku dia punya tetapi jerebu tidak mahu mengaku,” tulis seorang pengguna Twitter @HarrisBRosli.


Sebahagian penduduk Indonesia memang terkenal kerana mengaku apa sahaja yang ada di negara jirannya di Malaysia dan Singapura sebagai haknya, baik makanan mahupun budaya. Pada 2009, mereka mengadakan tunjuk perasaan di luar kedutaan Malaysia di Jakarta selepas menuduh Kuala Lumpur menciplak budaya rakyat negara itu apabila tarian tradisional Barongan muncul dalam iklan mempromosikan pelancongan di Malaysia.

Perkataan seperti jamu dan batik yang digunakan di Malaysia juga mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat negara itu.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment