Thursday 6 October 2016

Azizan Osman Peroleh Gelaran Doktor Di Amerika


Selepas diselubungi dengan kontroversi sebelum ini, akhirnya Kumpulan Syarikat Richworks dalam kenyataan rasmi terbaru menjelaskan bahawa penceramah motivasi Azizan Osman memiliki gelaran doktor daripada sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS).

Berikut kenyataan rasmi yang diambil dari FB Rasmi Azizan Osman @azizanosmanofficialpage :- 

 
Menurut Richworks, Azizan memperoleh kelulusan doktor sains (metafizik) daripada Universiti Gordon, Bradenton, Florida, AS sejak 2009 dan bakal memperoleh gelaran doktor falsafah (psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom (UK) dalam masa terdekat.

Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) menegaskan tidak pernah menganugerahkan gelaran ijazah kehormat doktor keusahawanan kepada penceramah motivasi tersebut.

No comments:

Post a Comment