Sunday 18 September 2016

Kedudukan Terbaru Skuad Harimau Malaysia Dalam Ranking FIFA


KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaysia melonjak kepada sembilan anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-158 dalam Ranking FIFA terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini. 

Skuad Harimau Malaysia, yang kekal pada kedudukan ke-167 sejak Julai lalu mengumpul sejumlah 158 mata untuk menduduki di belakang Filipina (125), Thailand (135), Vietnam (141), Myanmar (153) dan Singapura (155) dalam kalangan negara ASEAN. 

Ranking bulan September itu menyaksikan skuad bolasepak Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee berada setanding dengan beberapa negara lain seperti Grenada (156), Barbados (157), Kuwait (159) dan Aruba di tangga ke-160. 

Kedudukan Malaysia dijangkakan merosot pada bulan depan susulan kekalahan 3-1 kepada Indonesia yang menduduki ranking ke-181 dalam perlawanan persahabatan pada 6 September lalu. 

Berdasarkan ranking sejak awal tahun ini, Malaysia mencatatkan rekod terburuk dengan kedudukan ke-171 dunia pada Januari dan Februari, 166 (Mac), 174 (April dan Mei), 173 (Jun) dan 167 pada Julai. 

Untuk makluman, Ranking FIFA melibatkan 209 negara terlibat.

Sumber : Berita Harian
KUALA LUMPUR: Malaysia melonjak sembilan anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-158 dalam ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini. Skuad Harimau Malaysia, yang kekal pada kedudukan ke-167 sejak Julai lalu mengumpul sejumlah 158 mata untuk menduduki di belakang Filipina (125), Thailand (135), Vietnam (141), Myanmar (153) dan Singapura (155) dalam kalangan negara ASEAN. Ranking bulan September itu menyaksikan skuad negara, kendalian Datuk Ong Kim Swee, berada setanding dengan beberapa negara lain seperti Grenada (156), Barbados (157), Kuwait (159) dan Aruba di tangga ke-160. Bagaimanapun, kedudukan Malaysia dijangka merosot bulan depan susulan kekalahan 3-1 kepada Indonesia, yang menduduki ranking ke-181, dalam perlawanan persahabatan pada 6 September lalu. Berdasarkan ranking sejak awal tahun ini, Malaysia mencatatkan rekod terburuk dengan kedudukan ke-171 dunia pada Januari dan Februari, 166 (Mac), 174 (April dan Mei), 173 (Jun) dan 167 pada Julai. Ranking FIFA melibatkan 209 negara. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/192988

No comments:

Post a Comment