Sunday 18 September 2016

Motosikal N5 Versi Fairing Terbaru Dari NAZA Bikes


 
NAZA Bikes
Sumber Gambar : http://paultan.org/

Majlis pelancaran eksklusif N5R menyaksikan NAZA Bikes telah melancarkan siri motosikal N5 versi 'fairing' bagi penunggang yang mahu mencuba jentera yang bersaiz sederhana besar.

"Naza N5R adalah mesra pengguna dan mendebarkan untuk menunggang serta sesuai bagi penunggang baharu yang ingin mengemudi motosikal dengan mudah, meningkatkan keyakinan dan keupayaan tunggangan," - Tan Soon Wei, Ketua Jualan dan Pengedaran Naza Bikes

Motosikal N5R berkuasa 249cc dengan satu silinder bermula daripada 28 ps pada 9,500 rpm dan 24.17 Nm tork pada 7,000 rpm yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Ia juga menggunakan rangka keluli ringan dengan 37 milimeter (mm) pada 'fork' teleskopik bawah dan 'dual swingarm' dengan penyerap hidraulik pengecas gas di belakang jentera terbabit. Kuasa brek didatangkan dengan cakera 300mm dengan angkup empat piston pada hadapan, manakala cakera 230mm dengan angkup dua piston di belakang. 

Bagi kedudukan super sport yang menumpukan kepada kawalan baik, ketinggian tempat duduk dinaikkan sebanyak 20mm, manakala hendal diturunkan sebanyak 30mm dan tempat letak kaki digerakkan ke belakang sebanyak 30mm. Posisi sport jalanan pula yang tertumpu kepada tunggangan jalanan harian, tempat duduk direndahkan sebanyak 20mm, hendal dinaikkan sebanyak 30mm dan tempat letak kaki juga digerakkan ke hadapan sebanyak 30mm. 

Berat kering motosikal itu hanya 143 kilogram (kg) yang mana adalah lebih ringan berbanding pesaingnya yang dijual pada harga RM13,888 (tidak termasuk GST) dengan menyasarkan pelanggan berusia antara 18 hingga 45 tahun. Kunjungi Laman Web Naza Bikes bagi mendapatkan maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment