Monday 10 October 2016

Lelaki Ini Suntik Cecair Pada Otot Hanya Untuk Mendapat Perhatian Masyarakat



SAO PAULO, BRAZIL - Demi mencapai impian untuk menjadi terkenal kerana bentuk badannya, seorang ahli bina badan dari negara itu Valdir Segato sanggup menyuntik minyak pada ototnya.

Kesan suntikan tersebut telah menambahkan berat badannya kepada 25kg namun berisiko membawa maut. Valdir mendedahkan bahawa beliau seronok dengan perhatian masyarakat terutama yang merenungnya ketika berjalan.

"Ini adalah impian yang menjadi kenyataan yang saya cari selama ini dan berjaya lakukannya," - Valdir

Dikenali dikalangan penduduk tempatan sebagai "He-Man" atau raksasa, lelaki berusia berusia 48 tahun ini telah menyuntik minyak tersebut sejak lima tahun yang lalu.

"Pada satu ketika dalam hidup, saya terlibat dengan perkara tidak baik. Saya membuat keputusan untuk mengubah hidup saya."ujarnya lagi.

Valdir mula diperkenalkan kepada synthol ketika mula bermain di gim dimana ia akan mendapat kesan yang pantas. Semenjak itu, dia mula menyuntik cecair itu secara kerap di biseps, dada dan bahu.


"Minyak ini kebanyakannya estetik dan menjadikan otot bengkak tetapi tidak menjejaskan kekuatan," katanya. Doktor menasihati saya untuk berhenti tetapi ia adalah keputusan saya untuk menggunakannya kerana itu yang saya mahukan dan suka," katanya.

No comments:

Post a Comment