Tuesday 27 September 2016

Juvana Perhitungan Terakhir Di Pawagam 29 September 2016


Setelah menarik perhatian peminat perfileman tempatan melalui filem Juvana tahun 2013 dan Juvana 2 : Terperangkap Dalam Kebebasan pada tahun 2015 yang memaparkan kehidupan bekas pelajar bermasalah, kini penantian anda bakal berakhir dengan sekuel ketiga Perhitungan Terakhir.

Mengekalkan Faisal Ishak selaku pengarah, Juvana 3 juga menampilkan barisan pelakon hebat seperti Johan As’ari yang membawa watak Botak, Zahiril Adzim (Daim) dan Adam Shahz (Ayam) selaku teraju utamanya.

“Cerita Juvana memiliki pengikutnya tersendiri dan saya juga ingin menjadikannya sebagai satu jenama yang kukuh dalam bidang hiburan. Walaupun Juvana 2 kurang mendapat sambutan seperti diharapkan, saya yakin Juvana 3 memiliki kekuatan dan tarikan tersendiri untuk menarik penonton. Peminat yang sudah menonton filem Juvana 2 pastinya ingin mengetahui kesudahan atau kesinambungan cerita ini,” - Faisal Ishak

Juvana 3 memaparkan babak Daim, Botak dan Ayam mula sedar penjanjian yang dibuat dengan Raja untuk membebaskan Sara, ayah Botak serta adik-beradik Apek sebenarnya adalah perangkap.Raja berniat membalas dendam kerana disumbatkan kedalam penjara. Raja bijak memanipulasi keadaan dengan melaga-lagakan mereka hingga timbul curiga diantara satu sama lain.

Juvana 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti Hasnul Rahmat (Raja), Pekin Ibrahim (Tok Ki), Shera Aiyob (Sara), Nad Zainal (Nabila), Hafreez Adam, Azwan Kombos (Dr Nazim), Puteri Chi Chi, Zaidi Omar, Riki Rikando (Gajah), Khairul Mohamed (Komeng), Muhammad Syafiq Ikmal (Gaban) dan Helmi Hakim (Abe.

Filem terbitan bersama Filmscape Sdn Bhd dan Juita Viden Sdn Bhh ini bakal ditayangkan di seluruh negara dan Brunei bermula esok.

No comments:

Post a Comment