Friday 30 September 2016

Proton Saga Baru Ditawarkan Serendah Rm36,800 Bersama Spesikasi Mengagumkan




Proton mengeluarkan Proton Saga Baru Generasi Ke-3 dengan menawarkan harga mampu milik bersama rekabentuk yang menawan. Selain itu, model ini dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang tinggi sehingga diiktirah keselamatan 4 bintang oleh ASEAN NCAP berbanding 3 bintang sebelum ini.

The New Saga dipasang 2 beg udara didepan, ISOFIX dan top tether dengan sensor keliling bersama perlindungan struktur badan lebih kukuh. Ia mencatatkan peningkatan penarafan Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan Perlindungan Penum­pang Kanak-kanak (COP).

Varian Premium dan Executive menawarkan ciri-ciri kese­lamatan menyeluruh seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), dan Bantuan Brek (BA), manakala Kawalan Kestabilan Elektro­nik (ESC), Kawalan Traksi (TC), Bantuan Daki Cerun (HHA) dan kamera belakang boleh didapati dalam varian Premium.

 


Didatangkan dalam tiga varian iaitu Standard (MT & CVT), Executive dan Premium dengan harga bermula daripada RM36,800 hingga RM45,800 di Semenanjung Malaysia. Semua varian Saga baharu ini dilengkapi enjin VVT 1.3L, menggantikan enjin IAFM. Penggunaan teknologi VVT memberikan peningkatan pres­tasi yang ketara dari segi pecutan dan penggunaan bahan api. Enjin VVT baharu ini menawarkan penjimatan bahan api se­rendah 12 hingga 14 peratus de­ngan mencatatkan penggunaan petrol 5.4L/100km berbanding 6.0L/100km sebelum ini pada varian MT, dan 5.6L/100km berban­ding 6.3L/100km sebelum ini pada varian CVT, apabila dipandu pada kelajuan 90km/j. 

Saga baharu ini juga dilengkapi Bantuan Pemanduan Eco untuk membantu mengekalkan gaya pemanduan menjimatkan. Pemilik Saga baharu turut berpeluang merasai suasana kabin lebih senyap kerana perubahan dilakukan pada 3-poin mounting enjin yang memberi kesan kepada pengurangan bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH). Dapatkan maklumat terkini di Laman Web Proton.

No comments:

Post a Comment