Thursday 22 September 2016

Lawatan Dan Soal Jawab Sahabat Ini Bersama Halal Korea Membuktikan Status Halal Produk Samyang



[Lawatan ke Samyang HQ]
Hari ni abg bersama Halal Korea (NGO yg memperjuangkan pasaran halal di Korea) melawat HQ syarikat Samyang di Miasageori, Seoul. Tujuan asal utk bersoal-jawab dgn pengurusan Samyang berkenaan tatacara mereka menjaga kehalalan produk mereka.

[Updated~ sila share utk makluman rakyat M'sia]
Berikut adalah details hasil soal jawab bersama Executive Director of Sales (Overseas), Samyang Foods Co. Ltd:

1. Samyang ada 2 kilang utk hasilkan ramen mereka. Semua ramen halal mereka dihasilkan hanya dari kilang terbaru mereka di Wonju yg telah mendapat sijil halal dari Korea Muslim Federation (KMF). Logo halal ada pada packaging. KMF adalah organisasi yg memberi persijilan halal di Korea.
2. Tiga production line di kilang di Wonju dikhaskan utk produce halal ramen.
3. Ramen halal keluaran mereka hanya dieksport... pengimport terbesar adalah Malaysia dan Indonesia.
4. Ramen utk jualan tempatan di Korea masih menggunakan kilang lama. So, tidak halal... dan tidak ada logo halal pada packaging.
5. Masalah timbul bila ada pihak yg smuggle ramen yg tidak halal yg dijual di pasaran Korea dan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Kalau takde logo halal tu maknanya ia bukan di eksport oleh pihak Samyang.. dan ia tidak halal.
6. Logo halal yg tulen adalah direct printing di packaging dan bukannya tampalan atas packaging.
7. Samyang belum dpt menjual ramen halal mereka di pasaran Korea kerana belum mendapat kelulusan KFDA.
8. Tak lama lagi di pasaran Malaysia akan keluar perisa baru... Abg dah rasa tadi... pedas2 sedap.. tak sepedas yg ori tu... mmg sesuai dgn tekak N.Sembilan abg ni. Tak la podeh melahar mcm yg ori tu.


Sumber FB : Nizam Tikir

No comments:

Post a Comment