Monday 19 September 2016

Model iPhone 7 Habis Ditempah Dalam Masa Seminggu




SAN FRANCISCO - Apple selaku pengeluar model iPhone terbaharu iPhone 7 dan iPhone 7 Plus mengumumkan model telefon pintar itu habis ditempah sebelum mula dipasarkan 16 September 2016 di 28 buah negara. Menurut syarikat itu, tempahan yang dibuka sejak 9 September lalu menerima sambutan hangat dengan tempahan yang dibuat mengatasi stok yang ada.

Sebanyak 28 negara pertama telah diumumkan oleh Apple yang boleh mela­kukan tempahan secara dalam talian iaitu Australia, Austria, Belgium, Kanada, China, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Hong Kong, Ireland, Itali, Japan dan Luxembourg. Negara lain adalah Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Portugal, Puerto Rico, Singapura, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS). 

Turut dimaklumkan beberapa versi telefon pintar itu mungkin tidak dapat dipamerkan di seseteng­ah rangkaian jualannya ke­rana kehabisan stok. Bagaimanapun berdasarkan tinjauan di China, pembeli dilihat tidak beratur panjang untuk mendapatkan telefon pintar iPhone 7 tersebut memandangkan pembeli­an boleh dilakukan secara dalam talian. Pembeli-pembeli yang telah membuat tempahan awal sahaja yang beratur panjang untuk me­nuntut iPhone 7 masing-masing. 

Sambutan hangat daripada pembeli di China yang juga antara pasaran terbesar iPhone agak perlahan memandangkan beberapa jenama telefon pintar khususnya dari negara tersebut juga semakin popular kerana menawarkan rekaan, ciri-ciri teknologi, nilai tambah dan pemasaran yang lebih menarik terutama daripada pesaingnya, Samsung. 

Firma penyelidikan RBC Capital Markets sebelum ini menganggarkan Apple mampu menjual 44 juta unit iPhone dalam tempoh tiga bulan bermula September dan mampu mencecah keseluruhan 79 juta unit sepanjang 2016. Jumlah itu meningkat daripada 75 juta unit yang terjual pada tahun lalu. Dua versi iPhone itu, 7 dan 7 Plus masing-masing dijual pada harga AS$649 (RM2,660) dan AS$769 (RM3,152) seunit.


No comments:

Post a Comment