Thursday 27 October 2016

Drama Patahnya Sebelah Sayap Mencecah 4.5 Juta Penonton


Kuala Lumpur : Episod akhir drama bersiri Patahnya Sebelah Sayap yang ditayangkan di slot Samarinda TV3, Isnin lalu berjaya mencecah rating lebih 4.5 juta penonton.

Drama yang dibintangi oleh pelakon utama Aeril Zafrel, Ummi Nazeera, Izzue Islam dan Wawa Zainal itu turut mencatat paling banyak trending di Twitter dengan hashtag #PatahnyaSebelahSayap setiap kali ia bersiaran mulai Isnin hingga Rabu jam 10 malam sejak 20 September lalu.

Artikel Menarik : Zizan Razak Jenis Lelaki Melayu Pilihan Hati Elizabeth Tan?

Pengurus Besar Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Sherina Nordin berkata, pihaknya berpuas hati dengan sambutan terhadap drama-drama yang ditayangkan di TV3 dan TV9. Menurut Sherina, slot samarinda ini juga terbukti berjaya mendapat perhatian luar biasa selain drama di slot akasia.

Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada drama terbitan stesen dan kami akan sentiasa menghasilkan drama-drama yang berkualiti dan terbaik kepada penonton setia,” ujarnya.

Hasil kajian Nielsen Audience Measurement menunjukkan episod akhir drama bersiri 15 episod itu mencecah lebih daripada 45 peratus syer penonton dan 14.9 TVR (Total 4+) sepanjang ia ditayangkan dari jam 10 malam hingga 11 malam. Selain itu, drama bersiri terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd itu juga menjadi ikutan jutaan peminat drama Melayu sejak ia ditayangkan.

Pengarahnya Ayie Mustafa berkata, pihaknya bangga dan bersyukur dengan pencapaian memberangsangkan itu.

Sepanjang 15 tahun berkecimpung dalam dunia pengarahan, akhirnya hasil karya terbaru, Patahnya Sebelah Sayap mendapat sambutan luar biasa daripada penonton,” katanya.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment