Tuesday 20 September 2016

Sambutan Gemilang Atlit Paralimpik Rio 2016 Khamis Ini


Ketibaan kontinjen atlit paralimpik Malaysia dari Olimpik Rio 2016 pada Khamis ini dijadualkan akan disambut secara besar-besaran di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Dijangka tiba pada jam 3 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kontinjen paralimpik akan diraikan dengan "water salute" dan akan dibawa ke Kompleks Bunga Raya. Seterusnya atlit paralimpik akan disambut oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum memulakan perarakan ke pusat bandar menggunakan bas bermula di Jalan Tun Razak pada 5 petang.

 Laluan sambutan merangkumi Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang dan berakhir di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan.

"Bas akan berhenti di dua lokasi selama 15 minit iaitu KLCC (berhadapan pintu masuk Dewan Filharmonik Petronas) dan Pavilion (berhadapan pancutan air di Jalan Bukit Bintang). Saya berharap orang ramai hadir untuk meraikan atlet paralimpik yang meraih pencapaian yang membanggakan ini," - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

 

Kontinjen paralimpik negara telah melakar sejarah membawa pulang tiga emas dan satu gangsa dari Olimpik Rio 2016.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment