Tuesday 4 October 2016

Zizan Razak Jenis Lelaki Melayu Pilihan Hati Elizabeth Tan?


Penyanyi keturunan cina yang kian mendapat perhatian peminat hiburan tanah air, Elizabeth Tan mendedahkan bahawa tidak menolak kemungkinan untuk menerima cinta dari lelaki melayu selain beranggapan golongan itu pandai membuat lawak.

“Saya suka lelaki Melayu sebab biasanya mereka pandai buat lawak, mereka ‘macho’ dan yang saya tahu mereka baik hati dan tidak pentingkan diri sendiri.” katanya.

Tambahnya lagi ciri-ciri lelaki idamannya perlu lebih tinggi daripadanya, rajin bekerja, jujur dan baik hati. Meskipun sering anak kelahiran Hulu Kelang ini didekati lelaki Melayu berbanding bangsa lain, namun tiada artis melayu yang cuba memikatnya. 

“Dulu yang minat saya semua Melayu, sewaktu di sekolah menengah dan sampai sekarang, sekarang ini memang adalah lelaki yang memikat tetapi artis Melayu memang tiada." - tambahnya lagi.

Mengakui suka perwatakan pelawak Zizan Razak, gadis berusia 23 tahun ini selesa apabila bergandingan bersamanya. Elizabeth mula berkenalan dengan pelakon utama “Polis Evo” itu selepas dilantik bersama menjadi duta pasar dalam talian 11Street.

Baru-baru ini, Elizabeth bergandingan sekali lagi dengan Zizan dalam program realiti “Diari AF” dan mereka berdua dilihat serasi bersama. Namun gadis manis ini, yang mesra membahasakan dirinya Lizzie sahaja, berkata hubungannya dengan Zizan tidak lebih daripada rakan dalam industri seni.

“Setiap kali bila Zizan ada, bila saya kena kerja dengan Zizan, Lizzie macam lega hati sikit, sebab Lizzie tidak rasa janggal. Dia sentiasa tahu apa hendak cakap, apa hendak tanya, apa hendak borak,” ujar Lizzie lagi.

Penyanyi lagu “Tabah” yang baru diedarkan mulai Mei lalu, mengakui beliau juga lebih diminati golongan Melayu berbanding kaum-kaum lain.

No comments:

Post a Comment