Thursday 29 September 2016

Tan Sri Annuar Musa Menegaskan Dr Vida Masih Mempunyai Kontrak Tajaan 2 Tahun Bersama Pasukan Bola Sepak Kelantan



Terkini Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa meminta semua pihak supaya berhenti membuat spekulasi dan mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai kedudukan penaja utama pasukan bola sepak kelantan atau dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) untuk musim hadapan.

Mengikut laporan Harian Metro, difahamkan Datuk Seri Dr Hasmizah Othman (Dr Vida) masih mempunyai kontrak penajaan selama setahun bersama pasukan kelantan.

"Isu berkenaan sepatutnya tidak berbangkit kerana dia (Dr Vida) sudah menandatangani perjanjian untuk menaja pasukan Kelantan selama dua tahun. Pada saya kontrak berkenaan masih terpakai. Sebagai contoh jika saya mahu menamatkan kontrak mana-mana pemain kita kena bayar pampasan kepada mereka. tidak boleh lari begitu saja."- Tan Sri Annuar Musa

Kontrak tersebut berakhit pada November 2017 namun khabar angin kuat mengatakan Dr Vida sedang mempertimbangkan untuk kekal meneruskan atau membatalkan tajaan bernilai jutaan ringgit itu. Antara faktor utama adalah prestasi hambar pasukan dan sambutan penyokong yang berkurangan.

No comments:

Post a Comment