Monday 19 September 2016

Yamaha Motor Memperkenalkan Ego Avantiz 125cc





KUALA LUMPUR: Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan model automatik terbaharunya, Ego Avantiz bersempena pameran Yamaha Automatic World Motorshow yang kini berlangsung di Berjaya Times Square dan dilancarkan oleh Pengarah Urusan HLYM, Datuk Jim Khor.

Model Ego Avantiz yang menggunakan enjin 125cc SOHC ditawarkan pada harga jualan termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekitar RM5,700. Model terbaharu automatik selepas pengenalan Nmax pada Januari lalu itu ditawarkan dengan teknologi ‎suntikan bahan bakar dan penyejukan udara BLUECORE yang memberikan tunggangan selesa dan menyeronokkan. 

Teknologi BLUECORE memberikan kuasa yang mencukupi selain menawarkan penjimatan bahan api terbaik, Sila layari Yamaha Motor untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai model ini.


Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment