Wednesday 21 September 2016

Akaun Instagram Digodam, Nabil Ahmad Kehilangan 1.2 Juta Pengikut




KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad kehilangan 1.2 juta pengikut di laman sosial Instagram apabila akaun yang dikongsi bersama isterinya, Nazirah Ayub atau Zira digodam petang semalam. Difahamkan akaun berkenaan bukan saja merakamkan detik indah perkembangan dua anak mereka malah turut berfungsi sebagai medium menjana pendapatan. 

"Zira yang menyedari akaun kami digodam apabila tidak dapat memasukkan kata laluan Instagram, semalam. Apabila dia cuba untuk memasukkan kata laluan baharu, emel yang diterima bukan emel sebenar kami. Sudah pasti keadaan ini menyukarkan tugasan harian termasuk komitmen terhadap urus niaga dengan pelanggan serta pengiklan. Sebagai langkah lanjut, saya membuka akaun baharu dengan nama @Nabilzira."





Nabil turut memaklumkan penggunaan akaun Instagram baharu yang dikongsi bersama isterinya lebih memudahkan tugasan memandangkan Zira yang lebih arif menguruskan media sosial terbabit.

"Saya rasa lebih senang berkongsi saja akaun peribadi ini bersama Zira kerana dia lebih bijak menguruskannya termasuk yang berkaitan hal promosi. Saya hanya sesekali muat turun status malah jika dilihat semula saya agak jarang berkongsi gambar." katanya lagi.

Terdahulu beberapa selebriti popular tempatan seperti Jihan Muse dan Emma Maembong pernah meluahkan kekesalan dengan sikap tidak bertanggungjawab pembuli siber yang menggodam akaun Instagram mereka.

Sumber : Berita Harian
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad kehilangan 1.2 juta pengikut di laman sosial Instagram apabila akaun yang dikongsi bersama isterinya, Nazirah Ayub atau Zira digodam, petang semalam. Nabil, berkata keadaan itu memberikan tekanan memandangkan akaun berkenaan bukan saja merakamkan detik indah perkembangan dua anak mereka malah turut berfungsi sebagai medium menjana pendapatan. "Zira yang menyedari akaun kami digodam apabila tidak dapat memasukkan kata laluan Instagram, semalam. Apabila dia cuba untuk memasukkan kata laluan baharu, emel yang diterima bukan emel sebenar kami. "Sudah pasti keadaan ini menyukarkan tugasan harian termasuk komitmen terhadap urus niaga dengan pelanggan serta pengiklan. Sebagai langkah lanjut, saya membuka akaun baharu dengan nama @Nabilzira.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/194619

No comments:

Post a Comment