Thursday 22 September 2016

MaxisONE Kid Pelan Terbaru Dari Maxis Untuk Memantau Anak Anda Dimana Jua


KUALA LUMPUR: Maxis Berhad (Maxis) memperkenalkan pelan pasca bayar MaxisONE Kid yang dilengkapi jam pintar khas untuk kanak-kanak, data, panggilan tanpa had dan pesanan suara.

Jam pintar yang memantau kanak-kanak terbabit dilengkapi rangkaian dan GPS yang membolehkan ibu bapa memantau lokasi dan pergerakan anak dalam masa nyata.

Pelan terbabit ditawarkan pada harga RM58 sebulan dan terbuka kepada semua pelanggan Pelan MaxisONE.

Ibu bapa boleh memantau dan mengesan jam terbabit dengan aplikasi khas yang turut membolehkan mereka mematikan fungsi panggilan ketika waktu persekolahan selain melihat lokasi anak mereka dalam masa nyata.

Ia juga mempunyai mod mendengar jauh yang mana ibu bapa dapat mendengar persekitaran anak anda terus dari telefon pintar masing-masing dan fungsi panggilan SOS satu sentuhan sekiranya berlaku kecemasan.

Layari laman web Maxis Malaysia untuk keterangan lanjut.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment