Friday 23 September 2016

Pasukan Bola Sepak Pahang, Terengganu Dan Pulau Pinang Bakal Turun Ke Liga Super Musim Depan



Nasib pasukan bola sepak Pahang, Terengganu dan Pulau Pinang akan ditentukan pada keputusan perlawanan malam ini sama ada mereka akan terus kekal bersaing pada kempen Liga Super Malaysia atau turun pangkat ke Liga Premier musim depan.

Ketiga-tiga pasukan kini menduduki tangga tercorot liga selepas mengharungi 20 perlawanan dengan Pahang berada di tempat ke-12 selepas meraih 17 mata, Terengganu di tempat ke-11 (19 mata) dan  Pulau Pinang menghuni kedudukan ke-10 juga dengan 19 mata. Mereka wajib menang pada perlawanan malam ini dalam misi untuk menyelamatkan tempat mereka dalam saingan Liga Super.

Segala-galanya sudah dilakukan bagi memastikan Pahang terselamat daripada tersingkir ke Liga Premier. Justeru, saya mahu para pemain beraksi seperti aksi final pada aksi menentang Pulau Pinang esok (malam ini) memandangkan ini adalah satu-satunya peluang untuk mengumpul mata di laman sendiri. Tiada yang mustahil buat kami dan para pemain kini sudah bertekad untuk mempergunakan kelebihan beraksi di laman sendiri,” jelas Razip.

Peluang Pahang untuk kekal bersaing di Liga Super nampak sangat tipis kerana mereka bakal berdepan Pulau Pinang malam ini. Walaupun skuad kendalian Razip Ismail itu memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, tetapi lawan mereka itu juga memerlukan kemenangan untuk mengelak daripada tersingkir ke Liga Premier musim depan. Terengganu yang akan beraksi menentang Kedah di Kuala Terengganu malam ini, juga memerlukan kemenangan.

Pahang yang pernah meraih gelaran trebel dengan merangkul trofi Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih pada 2014, sudah tidak mempunyai pilihan lain, kecuali menang dalam dua lagi baki perlawanan yang bakal mereka harungi selepas ini.

Misi wajib menang itu bermula dengan aksi menentang Pulau Pinang di Kuantan malam ini sebelum menutup tirai saingan musim ini dengan menentang T-Team di Kuala Terengganu pada 22 Oktober nanti.

Dengan kedudukan mereka yang agak kritikal ketika ini, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa hanya keajaiban sahaja yang mampu menyelamatkan mereka daripada tersingkir ke Liga Premier.
Menurut Razip, hanya dengan kemenangan ke atas Pulau Pinang sahaja mampu memberi talian hayat kepada mereka untuk kekal dalam kancah Liga Super 2017.

Sumber : Kosmo!

No comments:

Post a Comment