Thursday 22 September 2016

KTM Duke 690 R Pamerkan Kemegahan Scrambler Moden Masa Kini



KTM Duke 690 R tidak sama dengan model Duke 690 biasa dimana ia dibina dengan kelengkapan prestasi seperti ekzos Akrapovic, brek ABS Brembo, tempat duduk Powerparts, suspensi WP dan lain-lain lagi. Jentera ini lebih ringan dan berkuasa serta dikenali sebagai motocross atau scrambler moden. 

Duke 690 R tidak susah untuk dikendalikan pada kelajuan 100KM/jam dimana ia mampu mencecah sehingga 190KM/jam. Pengunaan silinder tunggal 690cc pada enjin memberikan kuasa keseluruhan 70hp dan 70Nm. Model ini juga mempunyai berat hanya 149.5 kilogram.

Ketika berada didalam situasi kesesakan lalu lintas, jentera ini sememangnya direka khusus untuk pecutan ketara dimana dengan memulas pendikit, anda pasti merasai kuasa dan kestabilan ketika menukar arah atau memecut dalam masa yang singkat.
Pemegangnya yang tinggi dan lebar memberi lebih keyakinan kepada penunggang sementara kaki pula boleh mengepit tangki mengikut bentuknya apabila diperlukan. Ini sangat berguna untuk memastikan penunggang dapat mengawal motosikal semasa dalam keadaan agresif. Ketika di selekoh, anda boleh memerah pendikit sehinggakan tayar boleh tergelincir tetapi apabila dilepaskan sedikit, motosikal akan kembali stabil dan mencengkam. Jika ingin lebih ketepatan, pemilik boleh melaras suspensi hadapan dan belakang mengikut kesesuaian sendiri. Tempat duduk Powerparts pada Duke 690 R ini adalah sangat selesa walaupun berhadapan tunggangan lama dan bertenaga.

Dapatkan lebih maklumat di http://www.ktm.com/my/

No comments:

Post a Comment