Wednesday 12 October 2016

Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 Bakal Diketahui Esok Melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas



KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas dijadualkan diadakan esok bagi memilih siapakah yang bakal menjadi Yang diPertuan Agong ke-15.

Ketika ini, jawatan Yang di Pertuan Agong ke-14 disandang oleh Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkuat kuasa 13 Disember 2011. Tempoh perkhidmatan Tuanku Abdul Halim yang merupakan Sultan Kedah akan berakhir penghujung tahun ini pada 12 Disember 2016.
Mengikut sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran seterusnya sebagai Yang di Pertuan Agong ke-15.

Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja menerusi undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya seperti baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental.

Baginda yang dilantik juga merupakan raja yang berada di kedudukan teratas, mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima raja lain serta bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Post a Comment