Tuesday 11 October 2016

Model GoPro Hero5 Black Dan Hero5 Session Mula Dibawa Masuk Ke Pasaran Malaysia


FunzSports secara rasmi membawa masuk dua kamera lasak GoPro ke pasaran Malaysia iaitu model Hero5 Black dan Hero5 Session yang telah melalui beberapa perubahan berbanding model GoPro sebelum ini.

Yang boleh dilihat antaranya pada rekaan kompak dan kedua-duanya tidak lagi memerlukan ‘housing’ jika dibawa ke dalam air pada kedalaman 10 meter (kasing khas disediakan jika melebihi kedalaman maksimum).

Berbanding Hero5 Session, Hero5 Black mempunyai skrin sentuh dan dilengkapi sensor GPS yang digunakan untuk mencatatkan lokasi gambar atau data pergerakan.Bagi peminatnya yang terlibat dalam kelajuan, ianya sangat diperlukan kerana data speedometer boleh dilampirkan dalam video.


Aspek videografinya menyaksikan ia kekal merakam video 4K pada kadar 30fps manakala foto boleh dirakam pada resolusi sehingga 12MP dan kali ini penstabil digital turut diperkenalkan. Hero5 Black dan Hero5 Session mempunyak keupayaan mendengar 12 arahan suara seperti ‘GoPro Take a Photo’ atau ‘GoPro Stop Recording’ dalam tujuh bahasa.

No comments:

Post a Comment