Monday 24 October 2016

Mengapa GrabCar Dan Uber Menjadi Pilihan Terkini Rakyat Malaysia?

Trend terkini menyaksikan perhatian pengguna pengangkutan awam di Malaysia telah bertukar kepada perkhidmatan aplikasi GrabCar dan Uber. Situasi ini memberikan saingan sengit kepada pemandu teksi di negara ini. Antara sebab-sebab positif yang wajar difikirkan mengenai perkhidmatan alternatif ini adalah :-

1. Harga yang berpatutan. - Terdapat segelintir pemandu teksi tidak mahu menggunakan meter dengan alasan jalan sesak dan ada juga yang menetapkan harga tambang lebih RM10 daripada harga biasa jika menggunakan meter. Dengan kehadiran GrabCar dan Uber, caj tambang tidak boleh ditipu kerana ia menggunakan aplikasi yang wajib diakses pemandu dan pelanggan.

2. Bersih dan selesa.
- Kenderaan digunakan GrabCar atau Uber lebih selesa dan bersih memandangkan syarikat aplikasi itu menetapkan tahun kenderaan tidak boleh melebihi lima tahun.

3. Mudah.
Tempahan boleh dibuat bila-bila masa dengan hanya membuat tempahan di aplikasi.

Artikel Lain : Model GoPro Hero5 Black Dan Hero5 Session Mula Dibawa Masuk Ke Pasaran Malaysia

4. Promosi.
Ada masanya GrabCar dan Uber akan menawarkan promosi menarik buat pelanggan. Sebagai contohnya GrabCar menawarkan tambah serendah RM1 bagi 5km pertama.

5. Tidak pernah menolak.
Pemandu GrabCar atau Uber tidak boleh memilih pelanggan. Mereka perlu hantar ke destinasi ditetapkan.

6. Tiada caj tambahan.
Perkhidmatan teksi kebiasaannya akan mengenakan caj tambahan sebanyak 50 peratus bermula 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Tetapi GrabCar dan Uber tidak mengenakan caj tambahan untuk tempoh masa sama.

7. Inisiatif.
Jika anda tidak tahu bagaimana hendak pergi ke tempat yang ditujui, kebiasaannya pemandu GrabCar dan Uber akan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map.

No comments:

Post a Comment