Thursday 13 October 2016

Dr Maza Dan Fara Fauzana Dilantik Juri Tetap Pencetus Ummah Musim Ke-4


KUALA LUMPUR: Program keagamaan Pencetus Ummah musim keempat telah melantik personaliti radio, Fara Fauzana dan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) sebagai juri tetap program tersebut.

Meletakkan dirinya sebagai penonton sahaja, Fara Fauzana tidak akan menyentuh tentang aspek keagamaan terlalu mendalam kerana itu bukan bidang kepakarannya tetapi akan lebih kepada aspek persembahan.

Mengakui berasa bimbang pada awalnya untuk memegang peranan tersebut, Fara lebih terbuka dan teruja setelah diterangkan secara terperinci peranannya nanti oleh pihak produksi. Beliau juga akan menonton semula musim-musim terdahulu untuk mendapatkan kaedah juri-juri dalam menyampaikan komen mereka namun tetap akan tampil dengan cara tersendiri.

"Jujurnya saya sendiri dalam proses belajar tentang agama dengan lebih mendalam dan rasanya tidak sesuai untuk menilai orang lain. Tetapi saya sebagai juri tetap akan lebih fokus kepada persembahan dan sebagai penonton sama ada saya faham apa cuba disampaikan peserta. Saya letak diri sebagai penonton dan sebagai seorang yang masih mendalami ilmu agama," menurutnya kepada mStar Online.

Pencetus Ummah musim keempat bakal bersiaran bermula 27 Oktober ini, pukul 9 malam di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).

No comments:

Post a Comment