Thursday 20 October 2016

Penjagaan Kulit Melalui Pemakanan


Pengambilan makanan memainkan peranan dalam memelihara kecantikan kulit. Anda perlu memilih makanan yang kaya dengan nutrien untuk memelihara kesihatan kulit dari dalam selain meremajakan kulit. Berikut senarai makanan yang menghasilkan nutrien untuk kulit :-  

1. Sayur hijau dan merah
Pilih sayuran yang berwarna merah dan hijau untuk mendapatkan kulit yang cantik. Di dalam sayuran terdapat beta-karoten yang berfungsi sebagai antioksidan bagi kulit untuk menghasilkan sel kulit baru dan membuat warna kulit menjadi lebih muda dan cerah. Contoh sayuran adalah seperti bayam, lobak merah dan brokoli.

2. Daging merah
Daging merah mengandungi banyak zink dan protein yang sangat baik bagi kesihatan wajah kerana ia menghasilkan kolagen dan antiradang semula jadi.

Artikel Lain :  Merawat Rambut Gugur Menggunakan Bahan Tradisional

3. Ikan
Ikan kaya asid lemak Omega-3 yang berkhasiat untuk menjaga kulit supaya tetap cerah. Dengan mengamalkan makan ikan seperti sardin, tuna dan salmon, ia dapat melindungi kulit tubuh daripada pancaran sinar matahari dan pencemaran kerana protein yang terdapat pada ikan membantu penghasilan sel dan membuat kulit tubuh menjadi lebih bercahaya.

4. Kacang hijau
Kacang hijau adalah makanan yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit kerana dengan pengambilan kacang hijau 10 miligram setiap hari dapat membuat rambut dan kuku menjadi lebih kuat dan sihat.

5. Makanan dari gandum
Di dalam gandum terdapat biotin yang berfungsi untuk membuat sel di dalam tubuh. Ia membantu menghindar daripada penyebab kulit kering dan kusam.

6. Yogurt
Yoghurt sangat baik bagi kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan dapat menghilangkan kelemumur. Sebaik-baiknya pilih yoghurt yang kurang lemak dan gula untuk menghindarkan masalah kesihatan lain. Selain itu, yoghurt juga adalah antibiotik semula jadi yang dapat membantu menghasilkan bakteria baik dalam tubuh dan menjaga kesihatan pencernaan.

7. Beras merah
Ketika kekurangan tenaga, beras merah adalah yang terbaik untuk dimakan. Ini kerana beras merah akan membuat anda berasa lebih kenyang dan dalam jangka waktu lebih lama. Selain manfaat gizi, ia juga terdiri dari magnesium, protein, vitamin B kompleks dan anti-oksidan yang semua bermanfaat dalam menjaga kulit halus dan bebas noda.

8. Avokado
Fakta menunjukkan buah avokado sarat dengan lemak baik dan sangat popular dalam dunia diet. Buah ini juga mengandungi vitamin C dan E yang berguna untuk menjaga kulit yang cerah, sempurna dan indah.

9. Bawang putih
Mengandungi bahan yang disebut allicin, sehingga bawang putih banyak dikenali kerana kemampuannya untuk melawan segala bakteria dan virus dalam tubuh. Bahan dari dapur ini juga antijerawat dan masalah kulit yang berkait rapat dengan bakteria dalam tubuh.

10. Tauhu
Tauhu atau tofu sangat umum dalam diet vegetarian kerana makanan ini terdiri daripada zat besi, kalsium, mangan, protein, dan lemak sihat. Rutin makan tauhu akan memberikan kesan magik pada kulit anda. Ini termasuk produk soya lain seperti susu soya dan tempe.

No comments:

Post a Comment