Saturday 15 October 2016

Jenis-Jenis Penyakit Meroyan Atau 'Postpartum Depression' Mengikut Kepercayaan Masyarakat Melayu


Meroyan atau kemurungan selepas bersalin seringkali dikaitkan dengan golongan ibu terutama yang pertama kali melahirkan anak kecil. Ia perlu diambil perhatian dan rawatan secukupnya kerana ditakuti akan berlanjutan seumur hidup mengikut ilmu perbidanan melayu. Dalam kalangan ahli perubatan, ia dikenali sebagai 'Postpartum Depression' (PPD) iaitu satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita dan kadangkala lelaki selepas melahirkan anak.

Antara punca terjadinya penyakit ini disebabkan darah bantal yang tidak keluar dengan sempurna atau teratur, yang seterusnya akan terjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita. Jenis-jenis penyakit meroyan mengikut kepercayaan masyarakat melayu antaranya :-
 
1.Meroyan Api
- Menjadi bengis, baran, cepat marah hingga tahap menjerit dan lupa diri.
- Perubahan mood yang ketara.
- Perubahan sikap lebih ketara ketika datang bulan.

2. Meroyan Ketung
- Menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasan (sensitif).
- Kebanyakan berlaku kepada ibu yang kehilangan anak.
- Ada kes sehingga membunuh diri.

3. Meroyan Urat
- Urat saraf tegang sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot.
- Selalu berlaku ketika cuaca sejuk, atau jika ibu tersilap makan benda yang bersifat sejuk.
- Akibat melakukan kerja berat atau banyak menggunakan urat besar sejurus lepas bersalin.

4. Meroyan Lendir
- Ibu sentiasa pucat, lesu, mata pudar, keguguran rambut dan badan menjadi susut.
- Keguguran rambut yang melampau.
- Mengalami masalah dingin seks terhadap pasangan.
- Penyebab utama apabila darah kotor dan angin jahat di dalam tubuh tidak dikeluarkan sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang.

5. Meroyan Tinggal
- Ibu tiba-tiba asyik berleter, bercakap sendiri dan mengambil peluang melarikan diri dari rumah.
- Ibu mungkin tidak mahu bayinya sendiri.
- Ada tahap sehingga menjadi ganas.

6. Meroyan Bulu
- Ibu sentiasa seram sejuk selepas bersalin.
- Jika berlarutan, ibu akan mula menghidap 'rheumatoid arthiritis' atau keradangan sendi.
- Ini berlaku apabila ibu banyak bermain air dan bersejuk ketika berpantang.

7. Meroyan Kulit
- Ibu akan berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru-garu seperti kera.
- Kerana darah kotor tidak habis keluar menyebabkan kekotoran keluar melalui liang roma peluh.
- Ini akan berterusan jika darah nifas tidak habis dikeluarkan sepanjang tempoh berpantang.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment