Thursday 20 October 2016

Leonardo DiCaprio Dinamakan Dalam Tuntutan Mahkamah Berkaitan Skandal 1MDB


Pemenang Oscar 2016, Leonardo DiCaprio dilaporkan tampil dalam membantu siasatan berhubung isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa melibatkan pembiayaan filem ‘The Wolf of Wall Street’yang dibintangi olehnya.

Menurut jurucakap Bintang Hollywood tersebut, beliau telah menghubungi Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) pada Julai lalu selepas mengetahui mengenai siasatan ke atas 1MDB melalui laporan  akhbar.

Artikel Menarik : Kenali Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 Sultan Muhammad V Raja Berjiwa Rakyat

Wang yang didakwa milik dana daripada 1MDB telah digunakan untuk membeli beratus-ratus juta dolar aset di seluruh dunia. Selain itu, dana tersebut dipercayai membiayai pengeluaran filem ‘The Wolf of Wall Street.’ yang mengisarkan mengenai rasuah dan ketamakan. Filem tersebut telah dibiayai Red Granite yang diasaskan bersama oleh Riza Aziz.

Leonardo DiCaprio juga dikatakan sahabat kepada Aziz dan Jho Low dinamakan dalam tuntutan mahkamah. Menurut kenyataan itu lagi, pelakon tersebut sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa AS untuk memastikan wang tersebut datang daripada sumber-sumber yang boleh dipersoalkan.

Yayasan kebajikan milik DiCaprio juga akan memulangkan hadiah atau derma yang diberi kepadanya atau yayasannya jika didapati ia datang daripada dana yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

No comments:

Post a Comment