Tuesday 11 October 2016

Muka Baru Perlu Diberi Peluang Untuk Memegang Jawatan Dalam Kerajaan Atau Parti

 
SHAH ALAM – ‘Orang lama’ diingatkan supaya memberi laluan kepada muka-muka baru yang mahu berjinak dalam dunia politik, demikian pandangan Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak selaku Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Prof Negara (MPN).
 
Selain memastikan proses penggantian pimpinan elit parti dapat berjalan dengan lancar, ia bertujuan memberi peluang kepada bakat baru yang berkelayakan untuk memegang jawatan dalam kerajaan atau parti. 

Merujuk kepada perbualan bersama Sinar Online, beliau juga menegaskan setiap pilihan raya perlu ada minimum 30 hingga 40 peratus wajah baru dalam parti politik masing-masing tidak kira pro-kerajaan atau pembangkang. Ia penting bagi memastikan idea perjuangan parti kekal ‘segar’ dan utuh.

Muka baru parti mungkin lebih terpelajar dan sesuai degan pemikiran anak muda hari ini. Proses penggantian tidak boleh terhenti hanya pada PRU 14 nanti sahaja. Yang lama memang perlu diganti, bagaimanapun bukannya ganti kseluruhan pemimpin sekali gus. Parti akan dapat suntik tenaga, idea dan cara pendekatan baru, sesuai dengan generasi muda hari ini,” cadangnya lagi.

Perkembangan terkini menyaksikan jumlah pengundi dari golongan pemuda semakin ramai dan setiap parti politik malaysia perlu  lebih ramai calon muda pada PRU-14 sekiranya ingin terus kekal berkuasa dan memberikan saingan.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pucuk pimpinan tertinggi terutamanya Pengerusi Umno Negeri wajar memainkan peranan dengan mengenalpasti calon muda yang berpotensi dan menyenaraikan nama mereka pada PRU akan datang.


Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment