Monday 10 October 2016

Honda RS150R Merupakan Kapcai Premium 150cc Pertama Dari Honda

 
Boon Siew Honda telah memperkenalkan Honda RS150R yang merupakan kapcai premium 150cc pertama dari Honda. Hadir dengan berat 123KG bersama 4.5 Liter kapasiti tangki, jentera ini dipasangkan enjin DOHC 150cc yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.5kW pada 9,000 rpm dan juga 13.5N/m tork maksimum pada 6,500 rpm.

RS150R dibantu transmisi manual 6 kelajuan selain sistem bahan api PGM-FI (Suntikan Bahan Api Terancang) untuk penjimatan petrol dan juga mesra alam. Pertukaran gear yang lancar dan peranan brek depan serta belakang memainkan peranan ketika mencelah antara kereta dengan mudah serta mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Dipasangkan suspensi teleskopik depan dan monoshock belakang yang moden,  jentera ini menyerap segala ketidaksempurnaan jalan raya dengan begitu baik sekali. Tayar hadapan bersaiz 90/80-17 46P dan 120/70-17 58P dibelakang memberikan keselesaan dan menampilkan imej sporty.

Dilancarkan pada Ogos lalu, Honda RS150R ini dijual pada RM8,213.94 hingga RM8,372.94 (termasuk GST, tanpa insurans). Sila layari Laman Web Boon Siew Honda untuk mendapatkan keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment