Thursday 13 October 2016

Kemangkatan Raja Thailand Mencetuskan Kebimbangan Kepada Seluruh Rakyatnya


 

BANGKOK: Kemangkatan Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej yang dianggap bapa kepada peneraju negara itu dalam  perubahan dan krisis selama beberapa dekad mencetuskan kebimbangan kepada seluruh rakyat Thailand. Mereka terpaksa memulakan kehidupan tanpa beliau buat pertama kali dalam tempoh 70 tahun.

Raja Bhumibol merupakan monarki paling lama memerintah di dunia mangkat di hospital Bangkok minggu ini pada usia 88 tahun. Dimaklumkan mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun namun kematiannya mengejutkan negara di Asia Tenggara dengan populasi penduduk seramai 67 juta itu.

Menurut Berita Harian Online, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn selaku pewaris beliau dijangka bakal ditabal sebagai raja baru tetapi beliau tidak dipandang tinggi seperti bapanya. Thailand berhadapan serangan bom dan masalah ekonomi ketika ini manakala pertelagahan memuncak antara kumpulan rakyat diketuai tentera dan parti politik selepas sedekad dalam krisis termasuk dua rampasan kuasa dan bantahan yang meragut banyak nyawa. 

Raja Bhumibol seingkali campur tangan untuk mengendurkan ketegangan ketika era pemerintahannya dan ketiadaannya kini menyebabkan ramai rakyat Thailand kini bimbang mengenai masa depan negara itu.. Pihak tentera sejak beberapa dekad menyatakan ia menggunakan kuasa untuk mempertahankan monarki bagi mewajarkan campur tangannya dalam politik. 

Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha dilaporkan berkata negara itu dalam keadaan amat bersedih. Kawalan keselamatan dipertingkatkan di istana, kuil dan kementerian di Bangkok dengan tentera ditempatkan di pusat pemeriksaan, pejabat kerajaan dan persimpangan.

No comments:

Post a Comment