Monday 3 October 2016

Cadangan Penambahan Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah Pertama


 

Kementerian Kewangan mengadakan perbincang bersama Kumpulan Wang SimpananPekerja (KWSP) untuk membolehkan tabung persaraan itu memberi sedikit keanjalan (membenarkan peratusan tertentu dapat dikeluarkan pencarum bertujuan meningkatkan keupayaan mereka membuat bayaran ansuran bulanan) kepada pencarum yang bercadang mengeluarkan caruman mereka untuk membeli kediaman pertama.

"Kami melihat kepada peratusan tertentu yang kita boleh tinjau bagaimana KWSP boleh membenarkan pencarum menggunakan sebahagian daripada caruman untuk meningkatkan keupayaan membayar ansuran. Mereka ini berkemampuan mendapatkan pinjaman bank tetapi ada jurang yang tidak dapat di servis bersandarkan dengan gaji semasa. Sehubungan itu, kita harap dengan sumbangan KWSP, mereka dapat keluarkan wang bagi menampung ketidakcukupan itu," - Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani

Menurut sumber dari BH Online, beliau memaklumkan cadangan itu khusus kepada pembeli kediaman pertama dan kediaman itu mestilah dalam kategori mampu milik. Beliau berkata demikian pada Sesi Perbincangan Meja Bulat anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM). 

"Sekiranya, pada peringkat tertentu, mereka mahu menjual kediaman itu, hasil jualan itu harus dimasukkan semula ke dalam akaun KWSP mereka," tambahnya lagi

No comments:

Post a Comment