Monday 24 October 2016

Perlumbaan Formula 1 Di Malaysia Dijangka Akan Diberhentikan Selepas 2018



KUALA LUMPUR : Persoalan mengenai hala tuju perlumbaan Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal diketahui pada hujung minggu ini menurut laporan Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.

Menurut Datuk Razlan Razali, mesyuarat khas akan diadakan bagi membincangkan perkara tersebut bersama dengan pemegang saham utama SIC iaitu Kementerian Kewangan pada Khamis (25 Oktober 2016) ini.

Artikel Menarik : Faizznur Tampil Memberikan Penjelasan Berhubung Isu Pecah Amanah Anak Mangsa Nahas Lebuh Raya DUKE

Penjualan tiket F1 dilaporkan merosot semenjak tahun 2014 manakala perlumbaan motosikal Malaysia (MotoGP) dilihat lebih berjaya dari segi menarik minat penonton dan potensi kesan limpahannya. Pihak SIC juga tidak akan tergesa-gesa mengeluarkan pengumuman rasmi mengenai pemberhentian F1 di Malaysia kerana SIC mempunyai perjanjian ketat dengan pemegang lesen sehingga tahun 2018.

Penarikan diri secara sementara daripada F1 (selepas 2018) mungkin memberi manfaat kepada negara. Ketika ini, sesetengah pihak menyatakan produk itu (F1) tidak lagi menarik kerana ia dikuasai satu pasukan." - ujar Datuk Razlan

Laporan awal untuk perlumbaan terakhir F1 menunjukkan jumlah penonton yang hadir di Malaysia adalah yang terendah dalam sejarah. F1 Singapura juga dilaporkan mencatat penurunan 20 peratus dalam jualan tiket. Datuk Razlan dilihat cuba memberi bayangan bahawa SIC akan memberi tumpuan untuk membangunkan MotoGP selepas ini.

No comments:

Post a Comment