Sunday, 23 October 2016

Faizznur Tampil Memberikan Penjelasan Berhubung Isu Pecah Amanah Anak Mangsa Nahas Lebuh Raya DUKE

SHAH ALAM : Bapa saudara kepada anak mangsa nahas Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Muhammad Faizznur Asyraf Hussain (26) tampil memberikan penjelasan berhubung isu 'pecah amanah' yang dilontarkan kepadanya. Mengakui bukan seorang individu yang gemar membuka permasalahan keluarga untuk dijadikan tatapan dan sajian umum namun terpaksa bertindak demikian untuk meredakan keadaan. Berikut merupakan penjelasan daripada Faizznur :-

1) Selepas tragedi tersebut,dimaklumkan kedua-dua anak mangsa tinggal bersama Faizznur dan ibunya (nenek amira dan aqila). Kemudian perbincangan diadakan diantara keluarga sebelah arwah ayah dan ibu anak mangsa berhubung hak penjagaan anak tersebut dimana ibu Faizznur meminta izin kepada bekas besannya untuk menjaga amira dan aqila.

Artikel menarik : 10 Fakta Mengenai Sijil Pengesahan Halal Malaysia Yang Dikeluarkan Oleh Jakim Dan MAIN

2) Ibu Faizznur berhasrat untuk meletakkan cucunya dibawah tanggungjawab abang ketiga (Alang) memandangkan alang seorang ayah yang tegas dalam mendidik anak-anak. Difahamkan kesemua anaknya cemerlang dalam akademik dan ada yang menghafaz Al-Quran. Selain itu, isteri alang juga merupakan dua pupu kepada arwah akak iparnya. 

3) Perbincangan tersebut dipersetujui semua (dijaga oleh alang) termasuk akak Faizznur, Yusnidah Asyraf Hussain. Namun begitu, Yusnidah dikatakan bertegas membawa pulang Amira dan Aqila ke rumah mereka dan sering memberi alasan (keluar jalan dan lain-lain) apabila adik beradik lain ingin membawa anak tersebut pulang kepada ibu dan alangnya. 

4) Ibu Faizznur jatuh sakit dan Yusnidah bertindak membuat tuntutan di mahkamah tanpa berbincang dengan ibu dan adik-beradik lain bagi menuntut hak penjagaan sementara bagi Amira dan Aqila dan mahkamah memberikan hak penjagaan sementara kepada kakaknya tersebut.

5) Abang iparnya (suami Yusnidah) melalui panggilan telefon meminta Faizznur memberi keseluruhan duit derma tersebut kepadanya untuk diuruskan memandangkan beliau (abang ipar) sedang menjaga Amira dan Aqila pada waktu itu.

6) Pada pandangan mereka sekeluarga, Yusnida hanya mendapat hak penjagaan sementara dan mereka hanya akan menyerahkan keseluruhan wang itu selepas keputusan mahkamah terhadap hak penjagaan kekal yang akan dikeluarkan (yang masih lagi berjalan di mahkamah).

7) Keadaan bertambah rumit selepas pemergian ibu mereka (nenek Amira dan Aqila) pada Ogos 2015 dan mereka perlu melakukan perancangan rapi dalam menguruskan perbelanjaan kedua beradik tersebut. Faizznur bersepakat adik-beradik (kecuali Yusnudah) perbelanjaan diberikan mengikut keperluan semasa anak-anak tersebut.

8) Yusnidah meminta wang sebanyak RM12,000 daripada pemberian derma untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan menunaikan haji badal (arwah bapa dan ibu Amira dan Aqila), fidyah dan wakaf selebihnya untuk kegunaan membeli barang keperluan Amira dan Aqila. Adik-beradik sepakat memberi kepada Yusnidah dan kemudian secara konsisten memberikan duit belanja kepada anak-anak tersebut.

9) Segala pemberian duit belanja direkodkan dan ditandatangani oleh Yusnidah sebagai bukti penerimaan. Segala proses penerimaan perbelanjaan turut disertakan saksi yang turut menandatangani dokumen tersebut, menurut Faizznur.

Artikel menarik : Leonardo DiCaprio Dinamakan Dalam Tuntutan Mahkamah Berkaitan Skandal 1MDB 

"Saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan seperti yang telah dihebohkan,"nafinya mengenai salah faham tentang kenyataan Mufti Wilayah berhubung wang sumbangan orang ramai.

"Cukuplah saya nyatakan bahawa netizen dan rakyat Malaysia perlu faham, memang mudah untuk mana-mana pihak membuat sebarang tuduhan tidak berasas dan memutar-belitkan fakta apabila pihak yang dituduh tidak diberikan ruang untuk membela diri secara telus serta rasional," jelasnya lagi.

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment